Tuesday 20 September 2011

Untuk Sebarang Keterangan Lanjut SILA HUBUNGI KAMI...

Alamat:Lot 3546, Kg. Jeram,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

Tel: 06-384 4444
Faks: 06-384 4411

KISOK-KIOSK BAHULU WARISAN

BAHULU WARISAN kini kian mengorak langkah dalam meluaskan perniagaan kami dalam pembuatan kuih bahulu. Produk yang terdapat di kiosk kami juga disediakan secara panas untuk memenuhi kehendak penggemar yang inginkan kuih bahulu yang segar dari oven dan kualiti yang terjamin. Antara kiosk-kiosk yang boleh didapati ialah

* KLANG PARADE
* JUSCO BANDAR BARU KLANG
* TESCO SHAH ALAM
* TESCO SETIA ALAM
* GIANT SHAH ALAM
* JUSCO PUCHONG
* TESCO PUCHONG
* MYDIN USJ, SUBANG
* JUSCO WANGSA MAJU
* JUSCO TMN. MALURI
* JUSCO MID VALLEY
* D' HATI PEARL POINT
* TESCO KAJANG
* CENTRAL MARKET, KL.
* TESCO DAMANSARA UTAMA
* THE MINES SHOPPING FAIR
* TESCO EXTRA SEREMBAN
* GIANT TAMPIN
* GIANT SENAWANG

* JUSCO MELAKA
* TESCO MELAKA
* GIANT TAMPIN
* JUSCO TEBRAU CITY
* LARKIN PERDANA (BENGKEL)
* GIANT PLENTONG
* TESCO MASAI
* TESCO EXTRA JOHOR BAHRU
* TESCO TAIPING, PERAK
* TESCO KAMPAR, PERAK
* TESCO STATION 18, ULU KINTA
* TESCO EXTRA SEBERANG PRAI
* TESCO MERGONG, ALOR SETAR
* BOON LAY SHOPPING CENTRE
* GIANT-IMM BUILDING
* BENDEMEER

BAHULU ISTIMEWA

Kepelbagaian produk BAHULU WARISANmerangkumi aneka bentuk kuih bahulu yang unik mengikut citarasa penggemar bahulu. Produk istemewa ini adalah produk yang dibuat atas permintaan pelanggan dan sesuai untuk majlis keramaian, hari istimewa seperti Hari Raya dan sebagainya. Pelbagai bentuk yang terdapat dalam produk ini yang kebanyakannya telah digunakan pada zaman dahulu dalam proses pembuatan bahulu cara tradisional. Antara bentuk-bentuk yang unik ialah:
Bahulu Ikan bersaiz besar
Bahulu Ikan Tangkap Ekor
Bahulu Buah Delima
Bahulu Belimbing
Bahulu Ketam
Bahulu Udang
Bahulu Burung


PEMBUNGKUSAN DAN HARGA PRODUK

JENIS
KUANTITI
HARGA (RM)
* Bahulu Panas
* Bahulu Pek Ekonomi
* Bahulu Kontena Bulat - Saiz besar
* Bahulu Kontena Bulat - Saiz sederhana

* Jenis Ikan - Kontena kecil
* Jenis Cermai - Kontena kecil
* Bahulu Gulung (Roll)
12 biji
50 biji
40 biji
30 biji
16 biji
18 biji
1 gulung

RM 3.00
RM 12.00
RM 12.00
RM 9.00
RM 5.00
RM 5.00
RM 3.70

JENIS-JENIS BAHULU

Terdapat pelbagai jenis bahulu yang boleh didapati di BAHULU WARISAN yang merangkumi pelbagai bentuk antaranya:
Bahulu Cermai
Bahulu Ikan
Bahulu Pusing
Bahulu Pecah Lapan
Bahulu Gulung

Selain itu, kami juga menawarkan perisa yang berlainan sesuai dengan citarasa penggemar bahulu pada zaman ini iaitu:
Perisa Coklat
Perisa Coklat Rice
Perisa Gula Melaka



SIJIL PENGESAHAN HALAL

PENGESAHAN HALAL

INFO

THE STAR

GALERI



VISI DAN MISI

Di Bahulu Warisan, Misi dan Visi kami adalah untuk menjadikan bahulu sebagai salah satu produk yang boleh di komersilkan serta mempunyai daya tarikan tersendiri yang berterusan kepada semua masyarakat. Selain itu, perniagaan Bahulu akan di popularkan ke peringkat antarabangsa melalui kaedah perniagaan yang lebih berkesan

FALSAFAH PERNIAGAAN BAHULU WARISAN

Falsafah kami di dalam perniagaan BAHULU WARISAN ialah untuk mengekalkan citarasa asli kuih bahulu dengan penyediaan yang moden lagi suci disamping menjadikan bahulu sebagai makanan ringan yang disukai ramai dan bebas daripada bahan kimia atau bahan awet. .
Harapan kami agar sambutan masyarakat terhadap produk BAHULU WARISAN adalah berterusan dan itu merupakan salah satu ruang yang menjadi nadi kejayaan kami.
Selain itu, kami juga sentiasa meneroka ruang pasaran baru yang berpotensi untuk memperkembangkan perniagaan BAHULU WARISAN untuk terus maju ke hadapan

SEJARAH KUIH BAHULU

Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.
Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.
Atas senario ini keluarga kami antara pewaris pembuat kuih bahulu yang sering mendapat tempahan kuih bahulu apabila tiba musim perayaan atau apabila ada majlis keramaian.
Atas pendedahan secara langsung dengan aktiviti membuat kuih bahulu dari generasi terdahulu, maka kami generasi masa kini bertekad untuk mewarisi kelangsungan keluarga dalam membuat kuih bahulu. Dengan adanya peralatan moden proses asimilasi pembuatan bahulu telah menghasilkan perniagaan berasaskan kuih bahulu. Maka kini diwujudkan entiti perniagaan bernama BAHULU WARISAN

PROMOSI PRODUK